UMNO dan PAS... fikirkan sejenak...

Tuesday, 7 August 2012

Panas!!! A. Samad Said Akui Pakatan Bermasalah!!!


Satu perkara menarik jika kita rujuk tema hari merdeka Pakatan Rakyat yang menciplak aspirasi 1Malaysia.

Temanya ialah “Sebangsa Sejiwa Senegara” dan diumumkan pada 1 Ogos lalu, yang dipilih oleh Jawatankuasa Tema Hari Kemerdekaan PR, kononnya daripada 250 cadangan yang diterima.

Rupa-rupanya, tema asal yang menang ialah "Senegara Sebangsa Sehati Sejiwa'.

Pengerusi jawatankuasa itu, A. Samad Said mendakwa, tema itu diubah supaya tidak menyentuh 'isu sensitif, siasah, perkauman' dan diperhalusi sebaik mungkin.


Jika kita perhatikan, hanya perkataan 'Sehati' yang dibuang dan tidak menjadi pilihan parti pembangkang.

Seminggu dua ini kita didendangkan dengan aksi tikam lidah, perbalahan, pertelingkahan dan tarik tali di antara DAP dan PAS, maka apakah kerana itu perkataan 'sehati' dibuang?

Ada logiknya kerana kepimpinan pembangkang sendiri 'tidak sehati' dan bergaduh besar tentang perkara fundamental yang kononnya diperjuangkan oleh PAS tetapi diketepikan begitu sahaja oleh DAP!

Jika sesama mereka pun 'tidak sehati', tema asal mereka yang mempunyai perkataan 'Sehati' sudah tentu menjadi bahan sindiran dan jenaka rakyat Malaysia! -Dr MiM

1 comment:

Prince Righty I said...

Memang bermasalah pun... nama Pakatan Rakyat tapi pemimpinnya sendiri tak sepakat... macam mana nak perintah malaysia ni? aduss... :P

Suapan Agama

Tapak Rujukan

Hiburan Dan Sukan

Followers

Info & Maklumat Untuk Dikongsi


nirlestari@mail.com

PM created on 3rd December2011,
achieve first 3,000,000 viewers on 8th May 2013